Akhir Januari 2015 saya dan keluarga ke Hanging Rock untuk melihat sendiri keindahan formasi batuan di sini. Daripada pemerhatian saya laluan untuk ke puncak dan turun agak mengelirukan walaupun kawasan ini punya tanda arah di kawasan-kawasan tertentu. Memang ia boleh bikin orang sesat.
Selain dari formasi batuan yang 'misteri' dan unik, pemandangan dari puncak sangat indah dengan pemandangan ladang gandum, ladang ternakan dan bukit bukau yang saujana mata memandang. Subhanallah indah sekali ciptaan-Nya.
Terdapat satu kejadian misteri yang pernah berlaku di sekitar Hanging Rock. Ianya berlaku pada tahun 1900. Pada 14hb Februari 1900 sekumpulan 20 pelajar perempuan dari sebuah sekolah swasta (perempuan) berhampiran Woodend bersama-sama beberapa orang guru pengiring telah ke Hanging Rock yang terletak di Macedon Ranges, Victoria untuk berkelah. Mereka tiba di tapak perkelahan pada waktu makan tengahari dan merancang untuk berangkat pulang pada jam 5 petang.

No comments:
Post a Comment