Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 24 August 2009

Kisah Sehelai Kain

Saya terpandang apa yang tercatat di kain pelekat yang dipakai oleh salah seorang jemaah. Jahitan itu kebiasaannya adalah jenama bagi sesehelai kain. Tercatat di kain saudara kita itu BEER ALI. Alahai mungkin si pemakai tu tak perasan. Mungkin dia perasan Miqat Bir Ali kot. Tetapi persoalannya sekarang kenapa dicetak perkataan BEER ALI. Adakah ini ada agendanya yang tersendiri atau memang itulah jenama sejak dari dulu lagi dan tiada salahnya mengunakan nama tersebut.

Saya mendekati saudara tersebut. Saya pohon maaf terlebih dahulu sekiranya teguran saya menguris hati sipemakai. Alhamdulillah... saudara itupun nampaknya terkejut dengan penemuan saya itu. Sekali lagi saya pohon maaf selepas bersalam dengan beliau.

No comments: